40 Hadis Kelebihan Zikrullah
40 Hadis Kelebihan Zikrullah Original price was: RM15.00.Current price is: RM13.50.
Back to products
40 Teknik Mendidik Gaya Rasulullah SAW
40 Teknik Mendidik Gaya Rasulullah SAW Original price was: RM25.00.Current price is: RM22.50.

195 Perkara Asas Solat

Original price was: RM30.00.Current price is: RM27.00.

Description

ISBN: 978-983-097-963-2
Saiz: 13.5 cm X 2.5 cm (Portrait)
Tebal: 176 ms

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang telah ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa’ 4: 103)

195 Perkara Asas Solat membahas tentang enam perkara asas pelaksanaan solat – syarat wajib, syarat sah, rukun dan syarat setiap rukun, sunat, makruh dan yang membatalkan solat. Daripada enam perkara ini, berdasarkan kitab Hidayah As-Sibyan, muncul pecahannya kepada lebih kurang 195 perkara yang menjadi asas untuk memastikan solat itu sah.

Angka 195 tidak wajib dihafal satu persatu tetapi cukuplah dengan mengambil tahu dan faham sehingga dapat membezakan antara yang wajib, sunat, makruh dan mana yang boleh membatalkan solat. Lebih penting dari itu ialah kefahaman dan penghayatan ilmu bagi menjamin kesempurnaan pelaksanaan ibadah solat seharian. Pastinya, karya ini menawarkan nafas baharu bagi umat Islam untuk mempelajari perkara-perkara asas dalam usaha memperkemaskan ilmu fardu ain, khususnya bagi menggapai solat yang sempurna.

 

TENTANG PENULIS:
Haji Mohd Shukri Haji Ali berpengalaman luas dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia. Memperoleh pendidikan dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Ahzar, Mesir, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Merupakan personaliti TV dan Radio, seperti TV1, TV3, TV9 dan Astro Oasis. Kini menjadi penyampai tetap di Radio Terengganu FM dalam rancangan Fardhu Ain.

Hajjah Faridah Abu Bakar merupakan pasangan hidup Haji Mohd Shukri Haji Ali. Pernah mengenyam pendidikan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Maktab Perguruan Batu Pahat. Berpengalaman dalam dunia pendidikan di beberapa sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Kini bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Hulu Terengganu, Kuala Berang. Buku 195 Perkara Asas Solat merupakan karya pertama mereka berdua yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

*sila chat terlebih dahulu untuk bertanya tentang stok

 

Additional information
Weight 0.28 kg
Dimensions 16 × 3 × 24 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “195 Perkara Asas Solat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja